Friday, February 18, 2011

Stress & Kesihatan

PENGENALAN
  • Apa itu stress?
  • Apakah penyebab stress?
  • Apakah simptom-simptom stress?
  • Apakah rawatan untuk stress?
FAKTA
  • Mengikut WHO 1 juta orang membunuh diri setiap tahun.
  • Tahun 2000 : 1 kes bunuh diri setiap 40 saat & 1 kes cubaan bunuh diri setiap 3 saat.
  • Tahun 2020 dianggarkan akan meningkat sehingga 1.5 juta kes setahun.
Apa itu Stress?
  • Stress itu adalah respon fisiologi, psikologi dan perilaku dari seseorang untuk mencari penyesuaian terhadap tekanan yang sifatnya internal (psikologis) ataupun external (lingkungan).
  • Stress itu sebahagian dari kehidupan. Stress merupakan reaksi awal dari penyesuain diri. Sedikit stress membuatkan manusia menjadi waspada dan ini diperlukan agar kita mampu memotivasi diri, menyesuaikan diri dan segera mencari cara untuk mengatasi stress tersebut.
Stress & Prestasi
Tahap stress yang optimum adalah diperlukan untuk mencapai prestasi yang lebih baik tetapi sekiranya tahap stress itu melampaui batas optimum menyebabkan prestasi akan menurun dan mengakibatkan exhaustion/mental breakdown.





Penyebab-penyebab stress
  • Personaliti
  • Faktor Dalaman
  • Persekitaran
Personaliti
   1. Driver/Pemaksa
- sangat fokus kepada sesuatu objektif.
- tahu apa yang diingini dan tahu bagaimana cara mendapatkannya.
- berinteraksi dengan cepat dan pantas ke arah tujuan sebenar.
- bersetuju dengan "matlamat menghalalkan cara" 
- rajin, bertenaga dan kurang malu.

   2.  Expressive/Penunjuk
- seorang pencerita semulajadi.
- seorang yang ramah dan mesra.
- seorang pemberi motivasi yang baik, boleh berinteraksi dengan senang.
- selalu tokok tambah cerita, melebih-lebihkan dan tiada fakta.
- gemar bercakap tapi tidak membuat.

  3.  Amiable/Bersopan-santun
- sangat baik hati dan mengelak konflik.
- boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.
- bermasalah dalam membuat keputusan.
- suka kepada seni, sajak dan sangat sensitif.
- pendiam dan bercakap lembut.

  4. Analitikal/Pemikir
- sangat suka kepada perkara-perkara kecil.
- tidak boleh buat keputusan tanpa fakta yang mencukupi.
- selalunya sangat baik dari segi kira-kira atau pembuatan.
- pemikiran yang sangat kritikal.
- suka menjangka perkara buruk.
- percaya pada pandangan sendiri.

Domestik Stress
- Perkahwinan & keluarga : Perhubungan dengan pasangan & keluarga.
- Tanggungjawab yang pelbagai : Ibu, kerja dan wanita yang bekerjaya.
- Parenting stress : - membesarkan anak-anak
                            - risau tentang keselamatan & masa depan anak2
                              - pendidikan anak-anak.
- Baru berkahwin, baru dapat anak, pindah rumah......
- Kehilangan orang yang dicintai baik kerana meninggal atau bercerai.
- Masalah hubungan peribadi.

Social stress
- Masalah hubungan interpersonal.
- Work Stress.
Job satisfaction and stress - those who enjoy work suffer less impact from stressful events.

Sebab-sebab Stress
  • Hutang yang banyak
  • Persekitaran fizikal: cahaya, bising, tempat tertutup, suasana tempat kerja dll.
  • Interaksi sosial: tidak berperaturan, kasar....
  • Organisasi: peraturan, sistem, leadership, ketelusan, tarikh tamat.
  • Peristiwa penting dalam hidup: tukar tempat kerja, kenaikan pangkat....
  • Kesulitan/halangan harian: kesesakan, kerosakan mekanikal.
  • Pilihan Gaya Hidup: Tidak cukup tidur, jadual kerja ketat, tidak cukup rehat, masalah kesihatan.
  • Negatif Self-Talk: Pemikiran pesimis, analisis yang berlebihan...
  • Perangkap minda: Harapan yang tidak realistik, mengurus sesuatu secara personal, pemikiran yang rigid, perbesarkan situasi...
  • Kurang percaya diri, pemalu.
  • Bercita-cita terlalu tinggi.
  • Perasaan negatif seperti rasa bersalah dan tidak tahu cara mengatasinya, kecewa.
  • Tidak bergaul dengan rakan-rakan.
Simptom-simptom stress
- menjadi mudah tersinggung dan marah terhadap teman dan keluarga.
- Bertindak secara agresif.
- Cepat penat.
- Sukar untuk menumpukan perhatian dan pelupa.
- Sakit otot.
- Migrain.
- Diarhea.
- Tekanan darah tinggi.
- Sakit mental, hysteria.
- Tidak ada selera makan @ jadi kuat makan.
- Susah tidur (imsonia).
- Ruam kulit.
- Mulut dan tekak menjadi kering.
- Sembelit.
- Jantung rasa berdebar-debar.
- Kerap kencing.
- sakit belakang & tengkuk.
- Kurang nafsu seks.
- Cepat marah.
- Kasar.
- Lebih kuat hisap rokok.
- Mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak.

Stress boleh menyebabkan seseorang mendapat:
  • Hypertension
  • Diabetic Mellitus
  • Rheumatoid disorders
  • Eczema
  • Peptic Ulcers
  • Ischaemic Heart Disease
  • Migrain
  • Irritable bowel syndrome
  • Cancer
  • Chroic fatigue

Bagaimana menangani stress?

1. Pengurusan Masa
  • Elakkan kerja last minute
  • Utamakan yang lebih penting (Arrange Priority)
  • Ambil cuti & ada hobi yang menyeronokkan
  • Rehat yang cukup
2. Penyelesaian masalah
  • Cuba selesaikan masalah satu persatu
  • Bahagikan masalah yang besar kepada pecahan-pecahan yang lebih kecil dan mudah diselesaikan.
  • Jangan terlalu memikirkan permasalahan & belajar untuk mengatasi/menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik.
  • Belajar untuk menerima & adaptasi terhadap masalah.
IDEAL - Identify: identify problem
               Describe: describe ways to solve
               Evaluate: advantages and disadvantages for each
               Action: Choose the best action
               Learn: Learn

3. Pemikiran Positif
  • Matlamat yang ralistic
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Tidak cepat putus asa
  • Berkemampuan untuk berkata TIDAK...
4. Sentiasa Senyum
  • Senyum akan membebaskan Beta-Endorphine iaitu mesej positif ke otak.
  • Ketawa meningkatkan oksigen dan aktiviti di bahagian otak.
5. Senaman
Senaman akan mengeluarkan hormo-hormon positif yang akan mengurangkan stress dan bagus untuk kesihata jantung, paru-paru dsb. Disarankan bersenam minimum 30 min, 3 kali seminggu.

6. Tidur & Rehat yang cukup

Umur 4-6 tahun = 10-12 jam tidur
Umur 6-12 tahun = 9-11 jam tidur
Umur 12-14 tahun = 8-10 jam tidur
Remaja = 8-10jam tidur
Dewasa = 7-8 jam tidur

7. Pemakanan yang sihat
  • Additives (MSG, Nitrates, aspartame)
  • Caffeine (Coffe, Tea)
  • Kandungan gula yang tinggi
Makan ikut piramid makanan



VITAMIN

B-Complex
- B5 (Pantothenic acid): Vitamin anti-stress, mengimbangi fungsi kelenjar adrenal dan membantu menstabilkan emosi. Pengambilan terbaik dalam bentuk B-Complex maksudnya mempunyai ke lapan-lapan vitamin B. 

OsteMatrix
- Membantu merehatkan saraf dan tidur yang lebih lena.

Omgea Guard
- Mempunyai DHA yang penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.

Lecithin
- Lecithin soya adalah satu bahan yang boleh meningkatkan kesihatan otak. Suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

Vita-C sustained release 500mg
- Membantu kelenjar adrenal untuk megimbangi dan melindungi stress hormon.
- Bioflavinoids dalam Vita-C mempunyai keupayaan untuk mengawal rasa gemuruh dan emosi.
- Bekerjasama dengan B6 untuk menggalakkan hormon-hormon positif.

Vita-E, Carotomax dan VIVIX
- Membantu mengalirkan oksigen ke sel-sel otak.
- Berfungsi sebagai antioksidan mencegah kerosakan sel akibat daripada radikal bebas.

Energizing Soy Protein
- Bekerjasama dengan B6 dan Calcium untuk menghasilkan serotonin iaitu sejenis hormon yang diperlukan untuk tidur yang lebih lena.

Zinc
- Bila dalam keadaan stress, zinc adalah bahan utama yang sebagai anti radang.

Energy Tea
- Membekalkan sebatian antioksidan kuat yang diperolehi secara semula jadi di dalam daun teh. 

Untuk dapatkan senarai harga klik disini. Untuk membuat pesanan klik disini.

8. Aromatherapy
  • Flowers
  • Fruits
  • Herbs
9. Sembahyang & Berdoa

10. Muzik

Stress boleh dicegah!
  • Lihat/ukur kemampuan sendiri. Belajar untuk menerima apa adanya dan mencintai diri sendiri.
  • Jangan memperberat masalah & cuba untuk sekali-kali mengalah terhadap orang lain meskipun anda di pihak yang benar.
  • Aturkan waktu anda dengan baik.
  • Buat keputusan dengan hati-hati.
  • Pertimbangkan dengan masak-masak segi baik atau buruk sebelum memutuskan sesuatu.
  • Biarkan orang lain ikut memikirkan masalah anda. Ceritakan kepada pasangan anda, teman, rakan sekerja yang boleh dipercayai.
  • Wujudkan satu pendorong yang baik dengan cara banyak berteman dan mempunyai keluarga yang bahagia. Mereka akan selalu bersama anda dalam setiap kesulitan.
  • Jaga kesihatan, makan dengan baik, tidur cukup dan senaman secara teratur.
  • Luangkan waktu untuk rekreasi.
  • Teknik relaksasi seperti bernafas dalam, meditasi atau urutan boleh membantu menghilangkan stress. Relaksasi dapat mewujudkan perasaan relax dan mengurangkan ketegangan otot tubuh.
  • Teknik relaksasi: Tenangkan fikiran anda & bayangkan paru-paru anda terbahagi kepada 3 bahagian...
         1. Tutup mata
         2. Bernafas sehingga udara memasuki ruang atas paru-paru...
         3. Kemudian dibahagian tengah paru-paru.
         4. Dan dibahagian paling bawah paru-paru anda.

Stress boleh dikawal! Berminat utk buat pesanan sila klik di sini. Atau hubungi di 0197714430 @ saifulheritage@gmail.com

No comments:

Post a Comment