Thursday, January 27, 2011

Kesihatan Kolon

Seramai 655,000 orang setiap tahun berdepan dengan kesan-kesan fizikal bagi penghadaman yang tidak sihat dan perjalanan usus yang tidak lancar. Kesihatan kolon adalah topik kedua terpenting yang biasa dibincangkan dalam topik kesedaran kesihatan rakyat Malaysia. Antara tahun 2003 hingga 2005, seramai 8077 rakyat Malaysia melaporkan tentang permasalahan mereka yang berada di tahap serius dan perlu mendapatkan nasihat pakar.

Kolon adalah satu organ yang penting dalam sistem penghadaman yang bertanggungjawab untuk penyerapan air, mineral dan penghapusan sisa. 70% sistem imun anda terdapat di dalam saluran penghadaman dan kolon adalah pusat bagi saluran penghadaman anda. Dengan memastikan kolon berada di tahap yang baik, ianya dapat membantusistem imun tubuh dan membantu menghindarkan kanser kolon.

Dengan gaya hidup masa kini, kita semua terdedah kepada beribu toksin dan bahan kimia rutin yang terdapat di tempat kerja, di rumah dan melalui udara yang disedut, melalui makanan dan sumber air mahupun melalui penggunaan ubatan yang mengandungi dadah. Tambahan lagi dengan gaya hidup sekarang yang suka kepada pengambilan makanan segera dan ada juga yang kerap mengambil pil-pil perangsang dan penenang yang boleh mencederakan usus.

Apabila sisa toksin ini terbentuk di dalam tubuh, kolon tidak mampu melakukan kerjanya dengan betul. Ia akan menimbulkan masalah seperti sembelit, cirit-birit dan tidak hadam. Bagaimanakah anda tahu bahawa tubuh anda sedang mengumpul toksin-toksin dan bahan-bahan sisa lain? Sekiranya anda mengalami satu atau lebih daripada masalah berikut, sudah masa anda menyahtoksik kolon anda:
  1. Sembelit
  2. Kembung perut
  3. Tidak hadam
  4. Nafas berbau
  5. Buncit
  6. Mengidam makanan

5 Cara untuk Menjaga Kolon yang sihat:
  1. Ikuti diet yang kaya serat atau ambil suplemen. Kedua-dua serat mudah larut atau serat tidak larut membantu anda membersihkan sistem penghadaman dan memastikan ia berfungsi dengan baik.
  2. Pengambilan probiotik - Kesihatan bagi meningkatkan bakteria baik berupaya mengekalkan saluran usus yang sihat dan meransang pertahanan tubuh.
  3. Pengambilan antioksidan yang mecukupi bagi membantu meneutralkan radikal bebas yang dicipta melalui metabolisme.
  4. Senaman secara teratur. Ini akan membantu merangsang dan mengawal pergerakan usus anda.
  5. Banyak minum air. Penghidratan tubuh yang betul membantu kolon untuk mengendalikan pencucian toksin-toksin secara optimum.

Saranan: Suplemen dan Diet Semulajadi Berekesan untuk Penghadaman yang Sihat.
  1. Fiber Plan Unflavored - Menggalakkan kolon dan kesihatan jantung, penghadaman yang baik dan teratur.
  2. Herblax - Julap semulajadi yang membantu untuk melegakan kesukaran membuang air besar.
  3. Alfalfa Complex - Menyegarkan seperti teh herba semulajadi.
  4. Peppermint-Ginger plus - Membantu perut berada dalam keadaan yang selesa.
  5. Carotomax, Vita-C Sustained Release, Vita-E - Antioksidan yang kuat bagi menentang radikal bebas.
Sila rujuk ke Shaklee Products. Untuk buat pesanan klik Order

No comments:

Post a Comment